BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 30 November 2009

Kematian Kucing-Kucing Ku

Aku memang suka dan kasihan pada kucing-kucing. Pada hari Selasa (25 Nov 09) tiba-tiba kucing aku , Si Tam keluar dari pagar rumah dan entah berape lama baru disedari. Setelah masuk dia seperti ketakutan dan mengikut kaki anak ku, tapi sayangnye kami tidak tahu maksud Si Tam. Mungkin dia hendak memberitahu sesuatu tapi ....Pada sebelah malam nya, aku seperti biasa pergi ke sangkar untuk memberi makan keempat-empat ekor kucing ku(Teh, Tom, Tam dan Kun).Aku lihat Si Tam diam saje,tak seperti biasa ,melompat dan merebut ape yang aku bawa. Aku panggil,dia pandang dan senyap.Aku bertanye pada anak ku,kata anak nye,mungkin dia terkejut sebab dia tak pernah terlepas keluar pagar siang tadi.

Sebelum aku pergi kerja pada keesokkan harinye (26 Nov 09), aku seperti biase juga, memberi makanan terlebih dulu pada kucing-kucing ku,namun Si Tam masih sama, termenung dan tidak makan dan minum.Pada petang nye, anak aku pula mengelap dia sebab rase badannye agak panas.Suap sedikit air, namun Tam masih berwajah muram dan terlalu lemah sehinggakan terkulai.Aku sekeluarga terlalu sedih melihat Tam begitu tapi aku masih tetap ke tempat kerja dengan niat tengahari nanti, boleh ke Klinik Haiwan sekejap.

Tiba-tiba , dalam pukul lapan lebih, anak ku `call'...."Mak...Tam dah mati..dengan tangisannye.Tanpa disedari,aku juga menitiskan air mata."Jangan tanam lagi , biar mak tengok dia dulu.." Setelah itu, dibersihkan Si Tam dan aku dan suami ku pulang untuk menanam nye pada waktu tengahari.Kau pergi jua....sedih,sedih.

Selepas, Si Tam pergi...rupenye ianye berlaku pula pada kucing-kucing yang tiga lagi.Barulah aku tahu , ia berjangkit.Pada masa yang sama semua murung dan tak mahu makan dan minum.Ya Allah, engkau sahaja mengetahui betapa sedih nye aku..kerana dua hari selepas itu, 29 Nov 09 ,Kun turut menjadi mangsa.

Baru aku pun bertanya kepada ibu aku dikampung,masaalah ini.Rupa-rupanye...mereka diserang cengkenit...Ya Allah kenape aku tahu lewat...dan tak dapat selamat kan Tam dan Kun? Tapi dah sampai waktu mereka ,aku tetap redha...

Petang itu juga suami ku ke kedai ubat haiwan untuk mencari ubat. Kami pun dapat lah ubatnye...untuk kulit dulu,RM35 dan untuk telinga habis pula.Kami bersihkan telinga dan gunakan ubat untuk disemburkan pada kulit.

Hari ini (30 Nov 09), suami ku akan membawa dua lagi kucing ku ke klinik haiwan.Harap-harap mereka okey..

Aku terlalu sedih kerana aku membela kucing ini tanpa ibu nye dari mereka berumur seminggu . Aku beli botol susu , susu dan menyuap setiap hari.Aku tiada duit pun,aku cari juga kerana mereka perlukan belaian dan kasih sayang,dan mereka tidak tahu ape2.Sedih nye aku...Allah sahaja yang tahu....

Isnin, 23 November 2009

Kepak Ayam Goreng Tepung

Sorry tak sempat ambil gambar...ayam dah selamat dimakan..Tapi tak mengape,jika ingin mencuba ni saya bagi resepinye.

Bahan :6-8 ketul kepak ayam
2 biji telur
10 s/b tepung ayam goreng (Nona)
3 s/b tepung maruku (ready made)
1 sudu besar rempah ikan / daging
garam tidak perlu

Cara :Bersihlan kepak ayam (potong ikut suka). Pukul telur.Kemudian campurkan kesemua tepung dan rempah tadi didalam pinggan.Setelah selesai, ambil kepak ayam celupkan didalam telur hingga betul bersalut kemudian golek-golekkan kedalam campuran tepung tadi dan goreng...hingga gareng.Setelah siap digoreng bolehlah makan dengan nasi ataupun dicicah dengan sos.

Selamat mencuba....

Ahad, 22 November 2009

Ayam Masak Sos



Masakan yang mudah-mudah ni memang selalu juga dimasak , anak-anak pun suka......ayam masak sos ni mudah saje, cuma yang lambat sikit masa menggoreng ayam.Ayam goreng ni ,jgn lewat dibuat masak sos,bukan nye ape...ade tukang ratah ayam goreng.
Ok ni resepinye,

Bahan :
1 ekor ayam (kalau tak ramai 1/2 ekor pun okey...)
sepuluh biji cabai kering
5 biji bawang kecil *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
* Bahan untuk dihancurkan (kisar halus)

2 biji bawang besar ( hiris bulat-bulat)
1" halia (hiris halus)
1 biji tomato (belah 4)
2 sudu sos tomato
sedikit daun bawang yang dipotong-potong
3 sudu sos cili
sedikit kicap manis
gula 2 sudu
garam secukup rasa

Cara :
Goreng ayam yang dibersihkan , jangan terlalu gareng. Tumis bawang besar yang dihiris bulat-bulat dan halia tadi. Tumis hingga nail bau.Kemudian masukkan semua bahan yang dikisar halus , masukkan gula. Biar sekejap , masukkan sos tomato , sos cili dan kicap manis.Kacau sebati...Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng , kacau.Masukkan pula daun bawang, tomato dan garam secukup rasa.Kacau sat...pastu angkat dan hidang....

Jumaat, 20 November 2009

Kuih Kasuwi



Kalau cuti , adalah masa untuk membuat kuih-kuih ni , maklumlah petang-petang,tambah lagi musim hujan perut lapar selalu.Ha...ni lah kuih kasuwi saya untuk makan petang..

Bahan :
1 cawan gula merah *
2 cawan air *
* dimasak , kemudian sejukkan, tapiskan

2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula putih
3/4 cawan tepung ubi
sedikit air kapur
2 cawan air
Kelapa yang dimesin , dicampur secubit garam(putih sahaja)

Cara :
Mula-mula campurkan tepung gandum dan tepung ubi tadi juga gula putih dan air, kemudian kacau. Masukkan sedikit air kapur.Setelah itu,masukkan air gula yang dimasak tadi dan tapis sekali lagi kedalam loyang.
Setelah selesai kukus selama 10 minit. Selesai 10 minit , angkat dan sejukkan sekejap ,potong ikut kesukaan sendiri.Kemudian golekkan dengan kelapa putih tadi dan hidangkan.

Ikan Siakap Kukus

(SELEPAS)
(SEBELUM)
IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan :2 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu sos cili
1-2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1" halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah / cili padi(dihiris)
1 batang serai (dititik/ ketuk sikit)
sedikit garam
sedikit gula

Cara :
Gaul kesemua bahan bersama ikan yang telah dibersihkan.Kemudian taburkan bahan yang dihiris serta serai di atas ikan. Kukus selama 25 hingga 30 minit.

Ahad, 25 Oktober 2009

Syawal Berlalu

Habis ramadhan, syawal menjelang, namun tak terasa syawal juga telah berlalu . Syawal tahun ni terlalu istimewa buat aku.Bukan ape...kawan2 aku yang 26 tahun tak berjumpe pun aku dapat jumpa tapi yang satu area (utara) dengan aku.

Rumah aku dari raya ke 3 malam, dah mula ada tetamu. Aku cuti seminggu,kiranye memang full minggu tu...tak dak rest. Menu aku tahun ni...mee curry, mee tomyam dan mee goreng selain dari kuih2 raye dan kerepek-kerepek.

Seronok jugak , bila jumpe gang-gang lame...biase le,almaklum lah bertahun tak jumpa, ade yang berubah wajah dan berubah macam2 lah. Anak pun besar2.

Gitu le raye tahun 2009.

Selasa, 1 September 2009

Ramadhan 2009

Bulan Ramadhan kembali lagi , semua umat Islam berpuasa . Tahun ini anak-anak ku yang bersekolah okey sikit sebab tak seperti tahun yang lepas , permulaan puasa pada hari persekolahan dan alhamdulillah tahun ni cuaca sejuk,walaupun hujan setiap hari,tapi terasa rahmatNya.Mungkin ada yang dalam kesukaran tapi bagi aku ,itu semua ketentuan Allah.Tak pe, aku redha...

Seperti biasa,bazar Ramadhan pun banyak tapi rasanya kali ni aku lebih suka masak sendiri,kalau nak beli pun kuih atau ikan bakar (ikan terobok memang kegemaran aku),setakat ni,masih okey le...mata boleh tahan lagi,kalau mata rabun teruk jawabnye,resign le aku makan ikan terobok...apa taknye, tulang berserabut..Aku tak lah beli kuih banyak,cuma kurang dari sepuluh ketul atau mertabak daging 2 keping.
Bukan ape, musim hujan semuanya menjual dengan harga yang tinggi.

Lagi pun,masa cukup untuk masak. Satu lagi resepi yang tak tinggal , Kentang goreng ala-ala masakan jawa tapi husband aku yang terror buat tu.aku tau bukan tak tau,cuma kalau yang tu,part aku hiris ubi kentang macam kentang goreng kentucky,pastu goreng.

(Lain-lain yang perlu ada telur 2 biji,bawang besar 1 biji, cili padi dan lobak masin).nak buh tauhu goreng pun okey gak

Bersahur , aku biasa lah bangun masak dan memanas pukul 4.30 pg,5.00pg semua dikejut bersahur,5.30 pg tidur semula tapi selalunye aku solat dulu.Hujan-hujan kalau dah tidur takut terlepas waktu pulak...lebih baik bersolat dulu

Selepas 1 minggu lebih berpuasa, mula lah anak-anak aku menanyekan kuih raye..pulak.Ni tengah dok plan le ni tapi buat yang simple-simple je.Maklumlah budget nak kena jugak difikirkan.

Okeylah itu je cite aku di Ramadhan 2009 ni. Kita tunggu Sayawal pulak ye?

Khamis, 13 Ogos 2009

Minyak Kelapa Dara



Minyak Kelapa Dara dari produk Bio-asli ini adalah produk bertaraf dunia. Dr. Bruce Fife ada menyatakan bahawa" Minyak kelapa dara mempunyai sifat anti virus , anti bakteria , anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit".

Minyak kelapa dara adalah anti virus,anti bakteria dan dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh kita.

Dalam menangani H1N1 , tidak salah dan mungkin tepat jika kita membeli atau terus menjadi pendamping minyak kelapa dara.

"CEGAH SEBELUM PARAH"

Jika ingin tahu tentang Minyak Kelapa Dara dengan lebih tepat, sila layari
www.bio-asli.com/?id=maz66

Sabtu, 13 Jun 2009

MAKJUN HARIAN KU

MAAJUN ANGGUN BESTARI (MAB) - Kesan & Khasiat

Sebagai makluman, MAB ini bukanlah
hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita.Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:

Melambatkan Menopause

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk
badan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur). Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat. Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.

Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas

MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas. Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.

MAB mmg mbantu mrawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg x keluar dgn lancar ms kita pantang atau gugur begitu jg period yg x lancar ia kan lancarkan.

Bila MAB Bertindak Balas?

Ia bgantung pada body masing ada yg 1 pertama period dah jadi kelam kabut spt keluar dgn banyak/sikit atau dlm tempoh yg panjang jg keluar dgn jumlah yg byk spt berketul2.Ramai jg yg dtg 2 kali sebulan.Warna darah kotor ni jg keluar dlm pelbagai color spt hitam,coklat atau x merah terang.

Proses tindak bls ni jg bgantung pd body masing ada hanya 2 bln, 3 bln ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih.

Kesan/Khasiat MAB Selepas Tindak Balas ?

1.Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelasaikan kerja2.

2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.

3.Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid brsama proses tindak bls tadi.

4.Perut menjadi kempis dan tidak mengebeh selepas singkiran toksid.

5.Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama.Proses kelangsingan lg cepat berlaku.

6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua.Kepada sesetengah ada yg mengalami rasa tindak balas spt sakit/dengut2 pada payudara.

7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.

9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg x mendpt pujian dr suami selepas makan MAB.Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo lebih..........malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.


Siapa Yang Boleh Makan MAB?

Semua golongan wanita yg berumur 18 thn keatas. Sesiapa yang berumur 18 thn ke atas telah berkawin atau belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB. Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita. Saya telah pun mencuba dan insya'llah okey.

Kucing ku


Aku ni memang suka kucing . Kalau ada kucing , sekurang-kurangnya tulang ikan dan lebihan makanan boleh lah diberikan pada kucing. Dulu rumah aku kat flat,jadi tak boleh lah pelihara kucing. la ni dah dapat rumah kat bawah (kuarters) ,aku tak payah pelihara pun kucing datang selalu tapi dah lama-lama aku beri makan , kucing-kucing tu pun dok lepak kat luar rumah aku je. Dalam rumah memang kawasn larangan...hai kalau dibuatnye melepas dalam rumah...parah...,memang aku tak sanggup....

Sebelum pi keje,aku akan pastikan semua kucing makan dulu .Lepas tu , sekali lagi malam. Kalau petang-petang depa bising ...aku bagi makanan kucing (Friskies atau brand lain-lain).

La ni , kawan anak aku jumpa 3 ekor anak kucing baru lahir , comel-comel .Ibunye tiada tapi tak nak pelihara .Jadi la ni aku la jaga anak-anak kucing tu...siap beli susu lagi ,macam baby manusia. satu bekas , RM 28.00 tapi sebab aku kesian ...aku belikan juga. Siap ada botol susu lagi .Dah besar sikit,aku cuba cari susu yang murah sikit, bukan ape kadang-kadang aku pun `money problem' gak. tapi kucing pun makhluk Allah , patut ditolong.Mana lah tau ....dia pun doa kan aku tak putus duit....

Petang-petang...kami sekeluarga main ngan anak-anak kucing tu. Best gak , tak boring sangat.

Anak kucing, biasa lah , menyusu 2 jam sekali.

Khamis, 4 Jun 2009

Masakan Ringkas

Masakan ringkas ni memang perlu ,terutama masa tak cukup budget nak makan di kedai, asalkan ada. kadang-kadang apabila pulang dari berjalan ke mana-mana , contohnya balik kampung, mata pun mula terlihat banyak gerai-gerai makan dan mulalah nak berhenti makan . Pada hal tempat yang di tuju sudah pun nak sampai lagi setengah jam.

Masaalah di sini , bukan apa, cuma kalau untuk keluarga yang ramai dah tentu banyak lah belanjanya. Jagi kat sini nak bagi sikit tips untuk masak cepat , makan cepat dan jimat duit. tapi pastikan ada lah simpanan lauk di dalam peti sejuk. Kurang-kurang pun ada telur.

Sampai je kat rumah...masak nasi (ala bukan susah, periuk nasi `current'). Masak air panas , tak kira lah yang moden atau di atas dapur gas.

TIPS PERTAMA

Lauk Pertama :
Tumis Sayur - Hiris sayur (basuh dan letak tepi), hiris bawang putih , bawang merah, sedikit ikan bilis dan tumis. Masukkan air , sedikit sos tiram jika ada , kemudian masuk sayur dan garam secukup rasa. Siap satu lauk.

Lauk Kedua :
Goreng Udang - Bersihkan udang (letak tepi) , hiris bawang (besar atau kecil) dan bawang putih sebiji atau dua , ikut banyak udang. Tumis...semua bahan, agak ok...masukkan udang, tabur kunyit sedikit dan garam secukup rasa. Kacau seminit hingga 3 minit...siap dua lauk.

Lauk Ketiga :
Goreng telur...ala ini semua orang pandai, cuma nak buh bawang dan cabai atau telur saja. Siap tiga lauk.

Nasi pun dah masak....makan. Air panas pun dah nasak ...manalah nak kopi panas ke.Tak mahu dalam peti sejuk ada air atau minum air masak aje...

*Kalau tak ramai , selamat dalam RM20 tapi kalau ramai...selamat dalam RM50.

TIPS KEDUA

Kadang-kadang persediaan ringkas seperti paste rempah dan tomyam perlu ada juga.Manalah tau kalau perlu kan senang dah ada.

Lauk Pertama :
Tomyam - Masukkan air dalam periuk , kacau paste tomyam (ikut suka sendiri) , potong empat bawang besar , cili padi jika ada. Kemudian masukkan ayam atau ikan yang dah dibersihkan.sedikit gula dan garam secukup rasa.Dah menggelegak angkat. Siap satu lauk.

Lauk Kedua :
Apa lagi , telur goreng lah....


Macam mana..? Tak susah dan jimat lagi....

Jumaat, 29 Mei 2009

Cite Zaman Dulu Dan Sekarang




Macam biasa .... start je tujuh tahun , bermulalah alam persekolahan. Dulu aku bersekolah rendah di SRK Raja Perempuan Ipoh, Perak. Kemudian naik ke tingkatan satu , aku berjaya dapat masuk ke MRSM Seremban sehinggalah ke tingkatan 5 , nasib tidak menyebelahi aku , aku tak dapat pi oversea , so aku pun relax sat .Aku p merantau ke KL dan bekerja di GI Instrument sebagai Maintenace Group(dah tutup pun kilang tu la ni.). Pas tu aku dapat belajar kat Politeknik Ungku Omar , Ipoh . Aku tak kesah...janji dapat belajar lagi tapi aku ni minat kat bidang proses makanan tapi depa pilih nye pilih, depa campak aku ke bidang Elektrik Kuasa.Ahh...tak jadi masaalah..aku cuba. Atas usaha aku lulus dalam bidang tersebut. Malang sekali lagi. Pada masa itu ekonomi Malaysia meleset so ramai yang tak dapat keje ( menganggur). Aku turut sama menganggur sat tapi aku ni tak suka cam tu, boring.

Boring,boring tiba-tiba ada orang masuk meminang...aku pun kawin...Boring melanda lagi , anak aku kecil lagi aku cari gak keje , dapat lah keje kat Kilang Ubat Ho Yan Hor, Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak....anak aku , aku hantar kat pengasuh (jiran). Sebelum tu, aku keje gak sat kat KL tapi tak lama sebab berjauhan dengan hubby .

Di Ipoh ,masa kat keje pun jauh ngan hubby tapi dok ngan mak , tak lah terasa sangat.

Okey , habis bab tu....

Aku dan hubby berpindah ke Seberang Jaya,Seberang Perai (Tanah Besar Pulau Pinang) , aku keje lagi...kat kilang CAM Precision Component.(La ni dah tutup gak). Kat situ hingga tahun 1998. Contract lagi ngan kilang tu sampai tahun 1999. Then bila habis kontrak , aku boring lagi....dok fikir ape aku nak buat ni??? Ahh....aku dapat idea..aku pun cuba buat kelas tusyen tapi sekadar cari duit poket (murah-murah je) , lagi pun aku bukan professional...

Hubby ku bekerja di bahagian pulau , Pulau Pinang,so kami cuba minta kuarters di sana. Tahun 2001 kami pun pindah, tiba-tiba setelah 5 kali interview keje Kerajaan , aku berjaya dapat menjadi Juruteknik Elektrik di Pulau Pinang sehingga sekarang. Alhamdullillah...aku akan cuba berkhidmat dengan sebaik-baiknye....Insya'Allah

Selasa, 26 Mei 2009

KELUARGAKU



Aku telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dan kini aku bahagia dan telah pun mempunyai empat orang cahayamata , 2 perempuan dan 2 lelaki (kembar). Aku bekerja di Pulau Pinang.






Sekarang anak sulungku (21 tahun) baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Akauntan di Putrajaya.Alhamdullillah.....Anak ku yang kedua akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini....doaku semoga dia juga berjaya dan mudah mendapat pekerjaan yang baik dan dua lagi hero ku masih di sekolah rendah iaitu dalam darjah lima.

Aku harap kejayaan yang mereka capai dapat menghilangkan rasa penat ku mencari wang selama ini. Aku dan suami ku memang bekerja keras untuk mereka. Aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi jutawan(insya'llah) dengan niat membuat amal kebaikan untuk kami dan kepada semua yang memerlukan.

Walaupun buat masa ini kami sekadar okey... tapi biasa lah, setiap hujung bulan cuma cukup-cukup saje tapi alhamdullillah masih dilindungi Allah dalam segala kehidupan harian kami yang semakin mencabar ini.



Aku bersyukur teramat sangat di atas pemberian Allah selama ini....

Khamis, 21 Mei 2009

Maksud Doa Qunut

Tuhanku , pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum , bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan.Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya...