BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Memaparkan catatan dengan label Keluarga Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga Ku. Papar semua catatan

Sabtu, 16 April 2011

Ayam GorengTepung@ Ala2 Kentucky

Kelmarin balik dari pejabat,aku dok pikiaq (org penang sebut fikir), nak masak apa hari ni...dkt nak gaji,biasa lah..kdg2 kureng $. Jadi aku pun relax sat.Tiba2...daun pintu dibuka...mak..,panggil anak aku ,shira."ni member nye mak bg ayam, abg dia bawa balik byk,freeze x muat.....Ai,biar betul...."Mak ni,betul..."katanye. Kalau cam tu...Alhamdulillah..mak pun dok fikir nak masak ape ni,balas ku...so aku pun start memproses (potong kecil),sebab dia bagi seekor.,I mean,x potong2 lg.Hubby aku mmg suka buat part tepung gorengnye tersendiri...mmg sedap.

Selepas tu ni lah jadinye...Alhamdulillah...rahmat Allah nak berikan ,x siapa dapat duga.




Khamis, 7 April 2011

Sehari Di Langkawi




Ish, lama sungguh x p Langkawi.Teringin memang teringin.Tiba-tiba kawan anak aku nak minta tolong hantar barang ke Pulapol...anak aku pun ajak aku sama tapi dia support.So..berangkatlah kami ke langkawi...sehari je..kami tidur di Pantai Cenang.Area ni sekali pandang macam kat Batu Feringgi. P kat pantai di(seberang jalan je),mmg tertawan ngan keindahannya.Alhamdulillah....

Helang pun dah tua...sian dulu masa mula2 p sana...helang tu baru je dibina.emmm,cam kitalah...Ni ada sekeping dua gambar kenangan...

Sabtu, 26 Mac 2011

McD-Breakfast


Dari malam semalam sampai ke pagi ni (Sabtu),anak-anak aku kalut makan free breakfast yg mcD dok iklan tu...Jadi pagi-pagi dalam kul 9 lebih aku ngan husband aku pun pi lah ke McD terdekat, nak tunaikan permintaan depa tu.

Sampai je kat McD...Aduhhh...ramainya org,berbaris sampai kat luar pintu...waktu pun limit sampai 11 je...emmm , dapat ke x?nasib lah...Aku berbaris dgn sabar.Prinsip aku,`Kalau ada rezeki,adalah....'punya lah lama...Alamak lg 5 minit ni, tapi x pa.Sabar...

Lagi 4 orang sampai lah turn aku .Sekali lg aku pandang jam, alamak dah pukul 11.10 pg,tiba-tiba aku dengar manager tu bgtau untuk teruskan.Lega...Alhamdulillah tertunai juga permintaan anak-anak aku pagi tu..Itu namanya `ada rezeki',dah lebih waktu pun, masih boleh dpt apa yang depa nak.

Ahad, 27 Februari 2011

Muffin Ku



Sabtu cuti...cuti ni , kadang-kadang ok tapi kadang kalau teringat keje pejabat byk...,mula lah x seronok...Tiba-tiba, anak ku kata"mak hari ni mak buat muffin atau kek,boleh? " Ha...good idea , bahan-bahan pun ada, mmg aku spare selalu....

Aku pun bangun dan terus ke dapur untuk sediakan muffin je lah. Aku pun buat muffin coklat.Dapat lah dalam 35 biji...masa tu...hilang boring.Nak tengok muffin ku? Ni lah dia....cantik x de tapi bolih dimakan....

Sabtu, 12 Februari 2011

Kek Harijadi Ayah & Ibu



Alhamdulillah...hari ni anak-anak ku buat satu kejutan untuk aku dan suamiku.Maklumlah suamiku sambut hari lahir pada 9 Feb dan aku pula 15 Feb so...anak-anak ku buat plan beli kek hari ni (adil-tengah2-12 Feb 2011.

Comel dan sedap kek tu...selalu dia orang beli hadiah, so tahun ni beli kek tapi memang aku bersyukur walaupun kadang-kadang kedegilan dan selalu marah,mgkin penat dgn tugas harian sbg pelajar dari pagi hingga petang, (biasa lah la ni sekolah pun mcm kerja kat pejabat)tapi...masih ingat kat aku dan suamiku (ayah ibu) mereka.

Anyway, thanks to all my kids....semoga semua berjaya dalam hidup dan kebahgiaan sentisa bersama kami sekeluarga.....

Ahad, 25 Oktober 2009

Syawal Berlalu

Habis ramadhan, syawal menjelang, namun tak terasa syawal juga telah berlalu . Syawal tahun ni terlalu istimewa buat aku.Bukan ape...kawan2 aku yang 26 tahun tak berjumpe pun aku dapat jumpa tapi yang satu area (utara) dengan aku.

Rumah aku dari raya ke 3 malam, dah mula ada tetamu. Aku cuti seminggu,kiranye memang full minggu tu...tak dak rest. Menu aku tahun ni...mee curry, mee tomyam dan mee goreng selain dari kuih2 raye dan kerepek-kerepek.

Seronok jugak , bila jumpe gang-gang lame...biase le,almaklum lah bertahun tak jumpa, ade yang berubah wajah dan berubah macam2 lah. Anak pun besar2.

Gitu le raye tahun 2009.

Selasa, 1 September 2009

Ramadhan 2009

Bulan Ramadhan kembali lagi , semua umat Islam berpuasa . Tahun ini anak-anak ku yang bersekolah okey sikit sebab tak seperti tahun yang lepas , permulaan puasa pada hari persekolahan dan alhamdulillah tahun ni cuaca sejuk,walaupun hujan setiap hari,tapi terasa rahmatNya.Mungkin ada yang dalam kesukaran tapi bagi aku ,itu semua ketentuan Allah.Tak pe, aku redha...

Seperti biasa,bazar Ramadhan pun banyak tapi rasanya kali ni aku lebih suka masak sendiri,kalau nak beli pun kuih atau ikan bakar (ikan terobok memang kegemaran aku),setakat ni,masih okey le...mata boleh tahan lagi,kalau mata rabun teruk jawabnye,resign le aku makan ikan terobok...apa taknye, tulang berserabut..Aku tak lah beli kuih banyak,cuma kurang dari sepuluh ketul atau mertabak daging 2 keping.
Bukan ape, musim hujan semuanya menjual dengan harga yang tinggi.

Lagi pun,masa cukup untuk masak. Satu lagi resepi yang tak tinggal , Kentang goreng ala-ala masakan jawa tapi husband aku yang terror buat tu.aku tau bukan tak tau,cuma kalau yang tu,part aku hiris ubi kentang macam kentang goreng kentucky,pastu goreng.

(Lain-lain yang perlu ada telur 2 biji,bawang besar 1 biji, cili padi dan lobak masin).nak buh tauhu goreng pun okey gak

Bersahur , aku biasa lah bangun masak dan memanas pukul 4.30 pg,5.00pg semua dikejut bersahur,5.30 pg tidur semula tapi selalunye aku solat dulu.Hujan-hujan kalau dah tidur takut terlepas waktu pulak...lebih baik bersolat dulu

Selepas 1 minggu lebih berpuasa, mula lah anak-anak aku menanyekan kuih raye..pulak.Ni tengah dok plan le ni tapi buat yang simple-simple je.Maklumlah budget nak kena jugak difikirkan.

Okeylah itu je cite aku di Ramadhan 2009 ni. Kita tunggu Sayawal pulak ye?

Selasa, 26 Mei 2009

KELUARGAKU



Aku telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dan kini aku bahagia dan telah pun mempunyai empat orang cahayamata , 2 perempuan dan 2 lelaki (kembar). Aku bekerja di Pulau Pinang.






Sekarang anak sulungku (21 tahun) baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Akauntan di Putrajaya.Alhamdullillah.....Anak ku yang kedua akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini....doaku semoga dia juga berjaya dan mudah mendapat pekerjaan yang baik dan dua lagi hero ku masih di sekolah rendah iaitu dalam darjah lima.

Aku harap kejayaan yang mereka capai dapat menghilangkan rasa penat ku mencari wang selama ini. Aku dan suami ku memang bekerja keras untuk mereka. Aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi jutawan(insya'llah) dengan niat membuat amal kebaikan untuk kami dan kepada semua yang memerlukan.

Walaupun buat masa ini kami sekadar okey... tapi biasa lah, setiap hujung bulan cuma cukup-cukup saje tapi alhamdullillah masih dilindungi Allah dalam segala kehidupan harian kami yang semakin mencabar ini.



Aku bersyukur teramat sangat di atas pemberian Allah selama ini....