BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 11 September 2012

TESTIMONIAL SENDIRI MINUM EL MARINO



Gambar ini diambil sebelum dan selepas minum mengambil produk ELKEN (EL MARINO) . Ini selepas mengambil 2 kotak di minum 2 sachet pagi dan malam.



Perubahan : Kulit menjadi lebih tegang

Kulit Lebih cerah

Bintik-bintik hilang (tepi bibir)

Kesan jerawat semakin menipis (bintik besar atas)

Cubalah, anda akan rasai perubahan ini sendiri jika telah mencuba produk ini.
Paling best menjadi ahli, kita akan dapat produk EPA DHA(minyak ikan ) 60 biji yang berharga RM119 dengan hanya mendaftar jadi ahli sebanyak RM75 boleh dikatakan seumur hidup juga lah sebab dengan hanya membeli sebatang berus gigi, keahlian berterusan.Macam mana? Nak cuba?

APA ITU EL MARINO

Menggabungkan 2 Jenis Teknologi Canggih dari Perancis:• Pemenang Anugerah Aktif Delima VIQUA via ADS Berpaten Sistem Penghantaran Nano.
• Adunan istimewa Kolagen Marin Dihidrolisis + Peptid Elastin Collative.

Aksi Sasaran• Merencatkan aktiviti yang menguraikan kolagen & elastin kulit.
• Mempercepat penghasilan kolagen & elastin.
• Menggantikan kehilangan kolagen & elastin.

Kolagen dan elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Hampir 70% daripada tisu kita terdiri daripada lolagen.

Penuaan Intrinsik - Apabila usia kita meningkat, degradasi lolagen semakin cepat dan ini menyebabkan kulit mengalami penuaan. Bermula pada usia 25 tahun, kandungan lolagen semula jadi kulit kita mula mengurang pada kadar 1.5% setahun. Pada usia 40 tahun, sintesis kolagen semula jadi kulit kita merosot sekurang-kurangnya 30% berbanding ketika kita berusia 20 tahun. Secara perlahan-lahan, penghasilan lolagen semakin perlahan berbanding dengan kadar kehilangannya lalu menyebabkan kulit menjadi kusam, kering dan hilang ketegangan yang asal.

Penuaan Ekstrinsik - Selain itu, cahaya UV, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang penuh tekanan serta tabiat yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan alkohol akan menambahkan lagi penghasilan radikal bebas di dalam kulit lalu menghasilkan pengeluaran dan aktiviti enzim yang merosakkan struktur kulit.

Tanda-tanda penuaan kulit yang berpunca daripada kekurangan kolagen:
• Kulit Kering
• Lingkaran hitam & kantung mata
• Kusam & nada kulit tidak sekata
• Kulit hilang keanjalan (melandur)
• Garis-garis halus atau kedutan

Jadi, bagaimanakah anda menghalang penuaan kulit dan mengembalikan keremajaan yang lama hilang itu?Selain Penjagaan Kulit yang Baik, kita perlukan Suplemen Dlaman Kulit (nutrikosmetik) yang berkesan, yang bukan sahaja membantu mengisi semula kolagen yang hilang daripada kulit kita, malah lebih penting lagi menyekat aktiviti enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin di dalam kulit bagi memacu sistesis kolagen supaya kadar penghasilannya mengatasi kadar degradasinya.
Kolagen dan elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Hampir 70% daripada tisu kita terdiri daripada lolagen.

Tanda-tanda penuaan kulit yang berpunca daripada kekurangan kolagen:
• Kulit Kering
• Lingkaran hitam & kantung mata
• Kusam & nada kulit tidak sekata
• Kulit hilang keanjalan (melandur)
• Garis-garis halus atau kedutan

Jadi, bagaimanakah anda menghalang penuaan kulit dan mengembalikan keremajaan yang lama hilang itu?Selain Penjagaan Kulit yang Baik, kita perlukan Suplemen Dlaman Kulit (nutrikosmetik) yang berkesan, yang bukan sahaja membantu mengisi semula kolagen yang hilang daripada kulit kita, malah lebih penting lagi menyekat aktiviti enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin di dalam kulit bagi memacu sistesis kolagen supaya kadar penghasilannya mengatasi kadar degradasinya.

Saya memang yakin dengan produk ELKEN  .Diantaranya El Marino di atas. Walaupun kadang-kadang nampak harga nya mahal tapi barang yang berkualiti akan membuat kita rasa puas.

Saya bertambah yakin lagi apabila ibu mak saya yang terbaring sakit ,tidak sihat selama sebulan , sihat semula setelah memakan minyak ikan EPA dari ELKEN. Insya'llah semua juga dengan izin Allah, Saya amat bersyukur.

Kepada yang berminat atau ingin bertanya tentang ELKEN, boleh lah call saya .0195082079.

Selasa, 7 Ogos 2012

KUIH TART NENAS EMAK SAYA

Salam kawan-kawan , ni lah kuih tart yang dulunye, saya cuma jadi pembantu mak saya tapi la ni, saya cuba buat pulak.Memang remeh sikit tapi ok lah.

Mula-mula nak kena buat jem nye....saya buat sendiri .

Setelah itu,, mula lah mengadun kulit tart . Kemudian proses mencanai dan masukkan ke dalam acuan.(macam kawan-kawan nampak di tepi cawan tu...).

Apabila semua acuan dah lengkap dengan kulit , masukkan jem nenas atau apa jem yang kita suka.

Ha...jem pun dah siap. Kalau sesetengah orang, kira dah selesai tapi mak saya, dia mesti nak buh apa-apa hiasan diatas tart tu,bagi nampak tak kosong. Jadi buat lah jalinan sikit.Tak habis lagi cite tau, kemudian sapukan kuning telur yg dicampurkan esen vanilla.

Lepas tu...bakar hingga nampak kuning telur yang disapu tadi menjadi warna oren.Itu lah ceritanye...tapi walaupun tau buat,memang kuih tart yang emak saya buat adalah TERBAIK.....

Rabu, 18 Julai 2012

PENAPIS AIR BEYOND WATER

BEYOND WATER


BW5202 - BEYOND WATER BIO-ACTIVE REFORMING SYSTEM

As the daily intake of healthy, clean water is a vital prerequisite for good health, with BEYOND WATER, it is now possible for you to have source of Natural Living Water right in your own home or office!

The importance of drinking pure, natural and energised healthy drinking water!

There are many water systems in the market today. Most of them are variations of filters in one type or another and claim to effectively remove sediment, minerals and possible harmful ingredients from your drinking water. However, the purpose of an exceptional water filtration, purification and activation system such as BEYOND WATER is not only to simply remove foreign residue and dangerous contaminants but to provide pure, natural and energised healthy drinking water. BEYOND WATER consists of 7 chambers of filtration media, which is able to remove the widest spectrum of harmful and dangerous contaminants, reducing water molecule cluster size with far-infrared rays and magnetising the water to stabilise water molecules for better health.


With an all-new sleek body design, the BEYOND WATER 2nd generation improved model comes with even more enhanced features to provide more significant benefits including the innovative use of advanced Nano Silver Anti-Bacterial Balls, which brilliantly enhance microorganism and bacterial elimination from the water as well as the addition of Calcium Alkali Ceramic Balls that help to control the water pH and further enhance the mineral content in the water. BEYOND WATER's Natural Living Water is created by reforming water through a unique combination of 13 types of quality filtration, purification and activation media as well as an end-stage magnetiser, thus providing you with a tremendous opportunity to promote a healthy lifestyle wherever you are.

You can find it here.....
http//www.zhulian.com.my

JANGAN WAS-WAS.INSYALLAH MEMANG BAGUS.



Selasa, 17 Julai 2012

PEJABAT KU

Emmm....cantik tak pejabat ni? ha ni lah tempat saya bekerja (JKR Elektrik Pulau Pinang). Hari ni awal sangat sampai ,jadi saya pun bergambar lah sat lepas siap `thumb print pagi tadi.


Tempat saya membuat tugasan di tingkat atas. Ni baru masuk pintu utama. Pejabat saya sememang dari dulu lagi di adun dengan hiasan bunga-bungaan.



Sebenarnya , kat bawah ni adalah pejabat untuk bahagian penyelenggaraan .Ok lah kalau cantik, nanti saya tunjuk lagi. Apa pun yang penting keselesaan dan keceriaan.

Isnin, 16 Julai 2012

KUIH TART DAN CENDERAHATI @ GIFT TART

Sesungguhnya saya ingin sekali berkecimpung dalam bisnes kuih dan gift ni dari dulu lagi , memamg seronok. Saya selalu paparkan apa saja yang saya rasa boleh dijadikan bisnes.Tak kisahlah , ada yang memesan atau tidak. Alhamdulillah , kadang-kadang ada juga yang nak cuba dalam jumlah yang kecil saja.Saya buatkan saja. Rezeki kita hanya Allah yang tahu...


Ha, kat sini saya ada beberapa gambar kuih tart dan gift tart untuk jamu mata atau nak order gift utk majlis kecil-kecilan pun ok gak.

Cenderahati@Gift Tart tu cuma RM2.50 saja. Warna kotak boleh ikut tema. Emmm...selamat menjamu mata....dan jika nak order sms di no. 0195082079 atau email saya di nazami_00@yahoo.com






Jumaat, 13 Julai 2012

KEK CAWAN @ CUP CAKE

Saya ni memang suka buat kuih tapi cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan, maklumlah bekerja. Tambahan pula apa yang saya buat di makan habis oleh suami dan anak-anak.

Sekadar suka-suka tapi kalau nak order untuk majlis kecil-kecil tu , boleh saya buatkan cup cake ni.

Hubungi saja saya di email nazami_00@yahoo.com atau sms di 0195082079 (Puan Aini/Puan Mazna).

TART GULUNG


Salam kawan-kawan...

Ni lah kuih tart gulung yang saya buat tapi yang untuk makan ,jadi saya buat kecil sikit .Untuk jual ,saya akan buat saiz biasa.Saya jual murah-murah aje.

Semalam saya buat dalam 100 biji, sat je habis. Hubby dan anak-anak saya memang suka.Tu yang seronok buat tu.

Tart ni , saya buat dalam tiga perasa .Strawberry, epal dan nenas.Memang sedap...

Nanti saya akan masukkan gambar tart yang saya jual.Ada 2 jenis, satu tart gulung dan satu tart biasa tu . Itupun ikut kemampuan,bukan apa ,saya ni buat tanpa pembantu.

Oklah,nanti kita bersama lagi di blog Insya'llah.....

Khamis, 21 Jun 2012

BAKUL MANIK



Seronok buat bakul manik ni, lagi pun bakul manik boleh dijadikan cenderahati semasa majlis-majlis perkahwinan dan apa saja.Boleh masukkan telur atau gula-gula ataupun bunga rampai dan mungkin ada byk lagi gunanya.


Kalau ada kawan-kawan atau sedara mara yang nak support saya , boleh lah order untuk dijadikan cenderahati. Saya cuma jual dengan harga RM2.00 hingga RM3.00 saje. walaupun masih baru dalam bidang ni,InsyA'llah jika ada yang memberi sokongan , saya akan buat yg terbaik.
Itu aje...jika teringin nak support saya , boleh lah sms saya.

Selasa, 19 Jun 2012

JAMBU BATU SERBUK ASAM

Salam kawan-kawan....petang semalam semasa saya balik kerja , teringat pulak yang serbuk asam masih ada, why not saya beli jambu buat cicah depan TV malam ni.

Saya pun singgah di kedai buah, nak dikatakan rezeki, jambu pada hari tu ada offer. mana lah saya tak kata offer , selalu jambu batu yang ada biji RM5.60 sekil0 tiba-tiba hari tu saya lihat 1KG 3.50. Ish apa lagi,rasa nak nak ambil 10 biji tapi , sabar je lah. Harga jambu tanpa biji pula, biasa lah memang susah nak turun, tetap RM7.00 sekilo.

Saya pun ambil 4 biji , semuanya 2 kilo, so RM 7.00 lah. Alhamdulillah....

Serbuk jambu tu pula , memang special , selalu dia orang proses dengan biji sekali tapi yang ni tiada pengawet dan tiada biji , jadi warnanya lebih cerah dan sedap....nak cuba boleh call saya.susah nak dapat, cuma saya jumpa di selangor je.

Bila hujung bulan saya order. Anak saya yang tak makan buah pun , jadi suka sebab sedap bila cicah dengan serbuk asam ni. Nak cuba....ok lah,dah panjang cerita ni,jumpa lagi di celoteh saya akan datang......

REZEKI MAKAN RAMBUTAN 2012

Alhamdulillah...tak tanam pokok rambutan dan tak beli pun rambutan tapi rezeki...Jiran sebelah saya setiap tahun akan memberi rambutan kat keluarga saya.Toche...toche(tq). Jiran saya tu berbangsa Cina.

Apa lagi, nak menyedapkan lagi, saya pun kupas semua kulitnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.emmm memang sweet lah, sejuk lagi...

Anak saya dan hubby saya pun suka , pertama sedap dan kedua mudah.Dia orang tak perlu kupas kulit.Terus makan je....

Isnin, 18 Jun 2012

CERITA TIGA JENIS PUDING KARAMEL SEIRAS

Puding memang sedap jika di makan tambahan pula musim panas ni.Ha...keluarkan dari peti sejuk, makan.Tentu yummy rasanye. Puding pada saya memang sedap lah sebab saya suka puding telur terutamanye.. Puding pun ada seiras ye?bukan orang je seiras.Nama tu saya yang gelar sebab rupanya sama tapi kandungan ada yang tidak sama. Nama puding-puding yang seiras tu, puding karamel(telur), puding karamel tanpa telur dan puding karamel beroti. Puding ni memang terlalu mudah resepi dan cara membuatnya. Puding Karamel or and all of them so yummy and delicious too. Untuk puding Karamel Telur, kandungan utama telur, untuk puding karamel tanpa telur, kandungan utamanya , serbuk agar2 dan tepung kastard.Puding karamel telur beroti pula , kandungan utamanya, telur dan roti.Cara sama saja, memang mudah. Ni bulan Ramadhan dah nak tiba, boleh lah cuba membuat puding untuk juadah berbuka nanti. Ni resepi mudah untuk puding karamel(telur)

Bahan A: 1/2 cawan gula + sedikit air (letak dan kacau atas dapur , buat gula hangus,agak2 kuning jaga2 jgn sampai hangus terus,nanti pahit pula.)tutup api letak dlm kukus yg sdg dipanaskan.

Bahan B: 1 tin susu cair 1/2 cawan air 4 biji telur size sederhana besar(buang pusat telur supaya tidak hanyir) 1/2 cawan gula 1/2 sudu esen vanilla Letak telur dalam bekas,kacau rata.Masukkan gula air dan susu cair kacau rata.kemudian masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.kukus 20 hingga 30 minit.Lepas tu sejukkan sat,masukkan dalam peti sejuk.Lepas dah sejuk, apa lagi,makan...emmm yummy.Nanti saya letak gambar kemudian.tunggu...

JALAN-JALAN DI MYDIN MELAKA

Esoknya, konon-konon nak pergi melawat bandar bersejarah Melaka. Bergarak lah kami ke sana. Ya Allah...jammed sakan. Hubby tak sanggup drive terus so kami berehat di R&R Seremban...makan sat, pastu mula bergerak semula tapi keadaan masih jammed teruk. Jalan je lah,kalau tunggu pun , sama je, nak pusing pun kena bergerak ke hadapan dulu, tiada jalan nak pusing, highway lah kata kan... Agak jauh sikit, sampai simpang nilai , jalan pun alhamdulillah okey sikit, tak lah sesak sangat. Pastu semua ok, sampai kat simpang Air Keroh Melaka, jammed lagi. Sebelum tu kami nampak Mydin dalam perjalanan tadi. Ish3x jammed aje, kita pergi Mydin Melaka je lah, kat area tu pun ada macam2 jugak , cuma tak dapat nak ronda kat Bandar Melaka tapi tak pe, kami pun bukan first time nak pergi sana. Ni saja-saja jalan je. Akhirnye destinasi kami di Mydin Melaka dan kemudian malam pergi makan di Persint 9 , kemudian balik ke rumah anak saya...rehat sebab keesokannya dah nak balik Pulau Pinang.Itu le ceritanye...

RUMAH ANAK DI PUTRAJAYA

Ha...ni kat rumah anak saya di Putrajaya. Sebelum balik menerus cuti-cuti Malaysia ke Melaka, sempat berposing dulu...

MAIN BOWLING DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Dah selamat makan-makan, anak saya sibuk nak pergi main bowling lah pulak. Malas nak bising,layan lah sat.Kami pun pergi lah ke Alamanda Putrajaya untuk bermain bowling. Ala sekadar layan je, 2 game dah lah. Dah selesai an puas hati, kami pun pulang untuk tidur le pulak.Emmm mmg penat tapi seronok juga sekali sekala.

PERANTAU HILL,BANGI

Ha...Bila sampai di Putrajaya,rumah anak sulong saya,saja-saja lah nak bawa anak-anak pi makan-makan,jadi anak saya pun cadangkan p kat Bangi.nak tau nama restoran tu? Ha,namanya, Perantau Hill Restoran & Katering. Terletak kat Sungai Merab , Bangi Selangor. Emmm...memang cantik tempat tu dan makanannya pun sedap dan puas hati lah. Kedainya kat tepi jalan je.Ni ada sedikit kenangan di sana...tapi makanannya terlupa lak nak diambil gambar.Lain kali,kalau kami pi sana lagi,kami ambil gambar makanan yang best tu...

R&R ULU BERNAM

Assalamualaikum....saya nak bercerita tentang R&R yang pertama kali saya berhenti rehat pada bulan lepas( R&R Ulu Bernam).Selalunya saya berhenti rehat di R&R Sungai Buloh. Ni masa saya nak ke Putrajaya pada cuti sekolah yang lepas. R&R Ulu Bernam ni rupa nya ada macam-macam yang best jugak.Di antaranya , ada satu kedai atau pasar raya Produk Industri Pasar Tani. Tempat lain pun ada tapi yang ini nampak besar sikit dan produk pun banyak.Paling best di luar kedai tu ada stall dan diantara stall tu jual kuih Putu Perak kesukaan saya.Ni di antara gambar-gambar di R&R Ulu Bernam.

BAKUL TELUR DARI MANIK

Salam and good morning....seperti yang saya janjikan.Ha...ini lah bakul pertama yang saya buat.Saya dah cuba belajar dalam masa dua minggu, sendiri2 je, cuma basic permulaan buat tapak tu, saya tanye kat mak nya kedai bunga,itu pun dengan syarat , beli barang dari kedai dia dulu.Itu pun dlm tempoh masa yang tergopoh-gapah.Janji ada basic sikit,yang lain saya cuba sendiri dalam masa 2 minggu baru saya dapat hasilnya. Bukan ape,ada cara gak,silap masuk tali tangsi nye,emm...x jadilah.Pulak tu, guna tali tangsi yg agak panjang.Mula-mula saya buat,nak elakkan berlilit-lilit,tekan sana sini.Tiap-tiap hari saya cuba, sampai hubby saya pun geleng kepala,dia tau lagi saya tak bole, saya akan cuba. Alhamdulillah dah dapat pun buat. Sebelum ni, pun saya buat Bonsai tapi tak sama cara dan bonsai guna dawai, bukan tali tangsi.Cara pun tak sama. Nanti kalau berkesempatan. saya cuba tunjuk cara di blog ini.Berkongsi ilmu sikit. Ok lah, jumpa lagi...semoga saya dapat banyak idea baru...Insya'Allah...

Jumaat, 15 Jun 2012

MENGAIT JARUM SATU KASUT BAYI

Assalamualaikum...Alhamdulillah.Bukan apa kawan-kawan, saya telah pun tahu bagaimana nak buat kasut baby. Senang je rupanye nak buat cover depan kasut tu....tapi saya buat setakat ok jelah,tak lah cantik pun. Nak tengok hasilnye...topi pun ada juga. Ha ada juga lapik meja dan lapik cawan.Saje mengisi masa lapang.... Tau tak saya juga sedang sibuk dengan membuat bakul manik.Nanti kalau berkesempatan, saya akan papar di blog ni.Ok lah jumpa lagi....