BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 27 Februari 2011

Penapis Air Beyond Water







Memandangkan pengambilan air yang menyihatkan dan bersih adalah keperluan penting demi kesihatan yang baik, dengan Beyond Water™ , kini anda mampu memperolehi sumber Air Hidup Semula Jadi di kediaman mahupun pejabat anda!
kepentingan pengambilan air minum menyihatkan yang tulen, semula jadi dan bertenaga

Terdapat banyak sistem rawatan air di pasaran. Kebanyakannya dari variasi penapis yang lebih kurang sama dan kesemuanya mendakwa dapat menyingkirkan sedimen, mineral dan bahan yang mungkin berbahaya dalam minuman anda secara efektif. Namun, matlamat sistem penapisan, penulenan dan pengaktifan luar biasa seperti Beyond Water™ bukan sekadar menyingkirkan bendasing dan pencemar merbahaya secara mudah tetapi untuk membekalkan air minuman yang tulen, semula jadi dan menyihatkan. Beyond Water™ terdiri daripada 7 kebuk yang mengandungi medium penapisan handalan yang berkesan menyingkirkan spektrum terluas air tercemar berbahaya, mengurangkan saiz gugusan molekul air dengan sinar inframerah jauh dan memagnetkan air bagi menstabil molekul air untuk kesihatan yang lebih baik.
Dengan rekaan serba baru yang tirus, Beyond Water™ model generasi kedua ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertingkatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan Bebola Anti-Bakteria Nano Perak termaju yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria dari air serta tambahan Bebola Seramik Alkali Kalsium yang membantu mengawal pH air dan seterusnya meningkatkan kandungan mineral di dalam air. Air Hidup Semula Jadi Beyond Water™ dihasilkan dengan memulihkan air melalui 13 medium penapisan, penulenan dan pengaktifan serta pemagnetan peringkat akhir, lantas memberikan anda peluang menakjubkan untuk meningkatkan kesihatan.
Beyond Water™ terdiri daripada 7 kebuk penapis canggih dan bahagian penghujung bermagnet yang berkuasa tinggi.

Mudah dipasang. Mudah dibawa kemana-mana jika berpindah dan mudah diservis.

Tapi jika tidak hairan untuk menjaga kebersihan...minumlah air yang mengandungi bermacam-macam bakteria dan kekotoran yang mendatangkan penyakit.Ini adalah tapisan Ultra I,di antara penapis yang terkandung di dalam Beyond Water.

Ayu Sejuk Beauty Cream



Ayu Sejuk Beauty Cream suatu cream kecantikan menuju rawatan kulit wajah secara mendalam.Boleh digunakan semua peringkat leleki, wanita dan kanak-kanak.Krim ini adalah mengandungi rumusan khas dari pati lidah buaya , ubi sengkuang dan minyak zaitun juga banyak lagi bahan-bahan berfaedah lain.

1.membersihkan kulit wajah dan seluruh badan.
2.menghapuskan masalah kulit berminyak yang teruk.
3.melembapkan muka yang mempunyai masalah kulit kering mengelupas.
4.membantu mencerahkan mka secara semulajadi.
5.sesuai digunakan untuk menghalang sunblock dari menerjah wajah anda.
6.menghilangkan bintik hitam & putih.
7.mengurangkan jerawat teruk.
8.boleh digunakan sebagai alas bedak/foundation
9.untuk bayi juga boleh digunakan untuk hilangkan ruam merah kat badan & muka. 10.yang paling best,boleh hilang gelap bawah lengan,celah2 paha tu.insyaAllah dengan penggunaan kerap. 

Cara guna: Guna dua hingga tiga kali sehari pagi, petang dan malam. Bagi wanita, pagi sbg. alas mekup , petang sebagai sunblock dan malam sebagai sebagai masker...Cuba lah.

Harga : RM20.00 (50g)/1 tiub , RM60.00 3 tiub(1kotak). Sila hubungi saya , Aini 0195082079

Cenderahati Baru


Cenderahati Aini (CA),rekaan ku ,jika berminat ,bolehlah memesan.Hanya RM2.50 sahaje...pesanan 100 unit keatas.Jika ingin memesan, bolehlah call saya ye...

Muffin Ku



Sabtu cuti...cuti ni , kadang-kadang ok tapi kadang kalau teringat keje pejabat byk...,mula lah x seronok...Tiba-tiba, anak ku kata"mak hari ni mak buat muffin atau kek,boleh? " Ha...good idea , bahan-bahan pun ada, mmg aku spare selalu....

Aku pun bangun dan terus ke dapur untuk sediakan muffin je lah. Aku pun buat muffin coklat.Dapat lah dalam 35 biji...masa tu...hilang boring.Nak tengok muffin ku? Ni lah dia....cantik x de tapi bolih dimakan....

Isnin, 21 Februari 2011

TANDA INGATAN UNTUK TETAMU




Majlis-majlis sekarang seperti tidak lengkap jika tiada cenderahati dari pihak tuan rumah terutamanya majlis perkahwinan.Berbagai-bagai bentuk dan jenis cenderahati yang dapat kita lihat yang direka dengan berbagai bentuk.

Cenderahati adalah tanda ingatan dan terima kasih kerana sudi meraikan majlis-majlis tersebut. Pada musim perkahwinan , memang seronok jika jadi pengumpul cenderahati, semuanya nampak comel.

Jika dahulu, orang lebih suka beri bunga telur sahaja, sekarang kita dapat lihat bukan sahaja bunga telur yang diberi sebagai cenderahati malah gula-gula dan kek juga menjadi kesukaan ramai orang sekarang.

Selalunya jika ditempah , yang terlalu simple dalam lingkungan RM2 dan yang sedrhana dalam lingkungan RM5 tapi memang menarik dan boleh dibuat hiasan juga.

Sabtu, 12 Februari 2011

Kek Harijadi Ayah & Ibu



Alhamdulillah...hari ni anak-anak ku buat satu kejutan untuk aku dan suamiku.Maklumlah suamiku sambut hari lahir pada 9 Feb dan aku pula 15 Feb so...anak-anak ku buat plan beli kek hari ni (adil-tengah2-12 Feb 2011.

Comel dan sedap kek tu...selalu dia orang beli hadiah, so tahun ni beli kek tapi memang aku bersyukur walaupun kadang-kadang kedegilan dan selalu marah,mgkin penat dgn tugas harian sbg pelajar dari pagi hingga petang, (biasa lah la ni sekolah pun mcm kerja kat pejabat)tapi...masih ingat kat aku dan suamiku (ayah ibu) mereka.

Anyway, thanks to all my kids....semoga semua berjaya dalam hidup dan kebahgiaan sentisa bersama kami sekeluarga.....

Bubur Jagung Berkurma

Jika masih ada buah kurma yang tak habis,bolehlah masukkan kedalam resepi ini.Masakkan yang semestinya mudah dan boleh dimakan bila-bila saje....nak berkhemah pun boleh guna resepi ini...

Bahan :

1 tin jagung tin berkrim
5-6 sudu besar gula
1 kotak santan segera
2 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan
2-3 biji kurma yang dibelah-belah (buang biji)

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk...masak di atas api yang sederhana hingga menggelegak dan agak pekat sedikit.Kemudian siap...boleh makan.mudah kan?