BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 20 November 2009

Kuih Kasuwi



Kalau cuti , adalah masa untuk membuat kuih-kuih ni , maklumlah petang-petang,tambah lagi musim hujan perut lapar selalu.Ha...ni lah kuih kasuwi saya untuk makan petang..

Bahan :
1 cawan gula merah *
2 cawan air *
* dimasak , kemudian sejukkan, tapiskan

2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula putih
3/4 cawan tepung ubi
sedikit air kapur
2 cawan air
Kelapa yang dimesin , dicampur secubit garam(putih sahaja)

Cara :
Mula-mula campurkan tepung gandum dan tepung ubi tadi juga gula putih dan air, kemudian kacau. Masukkan sedikit air kapur.Setelah itu,masukkan air gula yang dimasak tadi dan tapis sekali lagi kedalam loyang.
Setelah selesai kukus selama 10 minit. Selesai 10 minit , angkat dan sejukkan sekejap ,potong ikut kesukaan sendiri.Kemudian golekkan dengan kelapa putih tadi dan hidangkan.

0 comments: