BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 29 Mei 2009

Cite Zaman Dulu Dan Sekarang




Macam biasa .... start je tujuh tahun , bermulalah alam persekolahan. Dulu aku bersekolah rendah di SRK Raja Perempuan Ipoh, Perak. Kemudian naik ke tingkatan satu , aku berjaya dapat masuk ke MRSM Seremban sehinggalah ke tingkatan 5 , nasib tidak menyebelahi aku , aku tak dapat pi oversea , so aku pun relax sat .Aku p merantau ke KL dan bekerja di GI Instrument sebagai Maintenace Group(dah tutup pun kilang tu la ni.). Pas tu aku dapat belajar kat Politeknik Ungku Omar , Ipoh . Aku tak kesah...janji dapat belajar lagi tapi aku ni minat kat bidang proses makanan tapi depa pilih nye pilih, depa campak aku ke bidang Elektrik Kuasa.Ahh...tak jadi masaalah..aku cuba. Atas usaha aku lulus dalam bidang tersebut. Malang sekali lagi. Pada masa itu ekonomi Malaysia meleset so ramai yang tak dapat keje ( menganggur). Aku turut sama menganggur sat tapi aku ni tak suka cam tu, boring.

Boring,boring tiba-tiba ada orang masuk meminang...aku pun kawin...Boring melanda lagi , anak aku kecil lagi aku cari gak keje , dapat lah keje kat Kilang Ubat Ho Yan Hor, Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak....anak aku , aku hantar kat pengasuh (jiran). Sebelum tu, aku keje gak sat kat KL tapi tak lama sebab berjauhan dengan hubby .

Di Ipoh ,masa kat keje pun jauh ngan hubby tapi dok ngan mak , tak lah terasa sangat.

Okey , habis bab tu....

Aku dan hubby berpindah ke Seberang Jaya,Seberang Perai (Tanah Besar Pulau Pinang) , aku keje lagi...kat kilang CAM Precision Component.(La ni dah tutup gak). Kat situ hingga tahun 1998. Contract lagi ngan kilang tu sampai tahun 1999. Then bila habis kontrak , aku boring lagi....dok fikir ape aku nak buat ni??? Ahh....aku dapat idea..aku pun cuba buat kelas tusyen tapi sekadar cari duit poket (murah-murah je) , lagi pun aku bukan professional...

Hubby ku bekerja di bahagian pulau , Pulau Pinang,so kami cuba minta kuarters di sana. Tahun 2001 kami pun pindah, tiba-tiba setelah 5 kali interview keje Kerajaan , aku berjaya dapat menjadi Juruteknik Elektrik di Pulau Pinang sehingga sekarang. Alhamdullillah...aku akan cuba berkhidmat dengan sebaik-baiknye....Insya'Allah

Selasa, 26 Mei 2009

KELUARGAKU



Aku telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dan kini aku bahagia dan telah pun mempunyai empat orang cahayamata , 2 perempuan dan 2 lelaki (kembar). Aku bekerja di Pulau Pinang.






Sekarang anak sulungku (21 tahun) baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Akauntan di Putrajaya.Alhamdullillah.....Anak ku yang kedua akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini....doaku semoga dia juga berjaya dan mudah mendapat pekerjaan yang baik dan dua lagi hero ku masih di sekolah rendah iaitu dalam darjah lima.

Aku harap kejayaan yang mereka capai dapat menghilangkan rasa penat ku mencari wang selama ini. Aku dan suami ku memang bekerja keras untuk mereka. Aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi jutawan(insya'llah) dengan niat membuat amal kebaikan untuk kami dan kepada semua yang memerlukan.

Walaupun buat masa ini kami sekadar okey... tapi biasa lah, setiap hujung bulan cuma cukup-cukup saje tapi alhamdullillah masih dilindungi Allah dalam segala kehidupan harian kami yang semakin mencabar ini.



Aku bersyukur teramat sangat di atas pemberian Allah selama ini....

Khamis, 21 Mei 2009

Maksud Doa Qunut

Tuhanku , pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum , bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan.Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya...