BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 20 November 2009

Ikan Siakap Kukus

(SELEPAS)
(SEBELUM)
IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan :2 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu sos cili
1-2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1" halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah / cili padi(dihiris)
1 batang serai (dititik/ ketuk sikit)
sedikit garam
sedikit gula

Cara :
Gaul kesemua bahan bersama ikan yang telah dibersihkan.Kemudian taburkan bahan yang dihiris serta serai di atas ikan. Kukus selama 25 hingga 30 minit.

Ahad, 25 Oktober 2009

Syawal Berlalu

Habis ramadhan, syawal menjelang, namun tak terasa syawal juga telah berlalu . Syawal tahun ni terlalu istimewa buat aku.Bukan ape...kawan2 aku yang 26 tahun tak berjumpe pun aku dapat jumpa tapi yang satu area (utara) dengan aku.

Rumah aku dari raya ke 3 malam, dah mula ada tetamu. Aku cuti seminggu,kiranye memang full minggu tu...tak dak rest. Menu aku tahun ni...mee curry, mee tomyam dan mee goreng selain dari kuih2 raye dan kerepek-kerepek.

Seronok jugak , bila jumpe gang-gang lame...biase le,almaklum lah bertahun tak jumpa, ade yang berubah wajah dan berubah macam2 lah. Anak pun besar2.

Gitu le raye tahun 2009.