BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 17 Jun 2013

PERJALANAN UMRAH DAN ZIARAH KU

Kegembiraan tergambar apabila mendapat rezeki untuk mengerjakan umrah. Tambahan pula bersama-sama suami , adik beradik serta adik-adik iparku...bersyukur sangat.Jadi, katanya, semua yang pergi ada 120 orang.(100 dari Johor dan 20 dari negeri-negeri lain).tapi semua naik di KLIA.


Dipendekkan cerita, setelah selesai penyediaan dokumen diserahkan kepada Agensi (Collusus Travel & Tours), kami pun terima jadual perjalanan (berangkat 24hb Mei dan pulang ke Malaysia 7 Jun 2013) siap dengan aktiviti sekali...dah sahlah bertambah `excited'. Yang bestnya, ingatkan jadual ni dah jadi dah , rupa nya tak, tiba-tiba nak dijadikan cerita, ada sedikit masaalah, kami diberi jadual kedua, no problem,except jer...,yang ni pulak berangkat 22hb. Mei dan pulang ke Malaysia 4 Jun 2013. Jadi, saya dan suami ambil cuti awal dan bergerak ke Putrajaya ,rumah anak kami pada 21hb Mei.Tiba-tiba, ada masaalah VISA pula (bukan kami bertujuh tau , salah sorang dari kumpulan kami yang ada masalah dokumen).Emmm....cam mana ni?

Kami pun berbincang dengan pihak agensi, katanya, jangan riso(cakap Perak)...insya'llah Jumaat 24hb Mei kita bergerak(tukar tarikh lagi...)Ok, sabo je lah.Dok rancak adik beradik kami plan itu dan ini, siap nak buat doa selamat pada malam hari Khamis tu, tiba-tiba dikejutkan dengan berita yang memang VISA tu sangkut sebab orang berkenaan lagi...Jadi nak kata memang dah timbul marah lah jugak,kami suruh agensi tu asingkan orang berkenaan dari group kami....barulah kami dapat VISA tapi disebabkan 24hb. Mei tu cuti Wesak, VISA kena tunggu hingga Isnin (27hb Mei) baru tau.Hanya kumpulan Johor sahaja yang dapat pergi pada tarikh 24hb Mei. Tunggu lah kami dengan debaran dan macam-macam rasa ada.cuti dah ambil, budget  tinggal untuk anak-anak dah siap, perjalanan masih tertangguh, dok Putrajaya pun dah lari budget...emmm...sabo je lah.

Alhamdulillah...VISA kami semua ok, jadi tarikh yang sebetulnya kami berangkat mengerjakan umrah pada 28hb Mei 2013 (Selasa) dan tarikh pulang ke Malaysia pada 9hb.Jun@ 11hb. Jun 2013. Lagi ????.Ok lah berangkat dulu...jangan hirau lagi tarikh tu....Kumpulan kami dah tinggal 15 orang sahaja sebab yang bermasaalah dah dikeluarkan.Paling-paling pelik sekali , kami pergi umrah tanpa mutawif dari Malaysia sebab Mutawif dah pergi ikut kumpulan pertama.Kesian kami...nasib tak kena jual....Alhamdulillah, ada seorang yang berpengalaman dalam kumpulan kami , jadi no problem.Bisa diurus...syukur sangat-sangat.

Berangkatlah kami dengan menaikki kapalterbang Emerates ...best tau.Kami transit di Dubai 3 jam gitu.kemudian kami diterbangkan terus ke Madinah .Tiba di Madinah, kami disambut oleh mutawif (Indonesia) yang disediakan oleh pihak agensi, menaiki bas terus ke hotel. Hotel di Madinah amatlah selesa.ALHAMDULILLAH.......Setelah 4 hari di Madinah , kami berangkat ke Mekah tanpa Mutawif.....tiba di Mekah , kami disambut oleh Ustaz Umar, memang baik sangat ustaz ni... Kemudian kami membuat umrah pertama kami bersama seorang ustaz yang dikhaskan.Alhamdulillah....selesai satu umrah kami.

Ok....nanti sambung cerita di Mekah pula....yang penting  di Madinah dan Mekah , kami mendapat tempat tinggal yang selesa dan makanan yang sedap dan segala-galanya memang ok sangat lah.Syukur....alhamdulillah.
Itulah bersusah-susah dahulu....bersenang-senang kemudian.

0 comments: