BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 5 Julai 2013

PUDING TRIFLE

Salam semua...la ni saya dok rajin buat trifle pula. Kalau musim panas memang best makan trifle . Dalam bulan Ramadhan yang dah tak lama lagi ni pun emmm...memang sedap bila makan semasa berbuka puasa.Nak order untuk kenduri pun boleh juga.Call saja saya.

Ada tiga perasa, strawberry, mango dan rasberry.Mungkin oren pun ada kalau nak. Ni gambar trifle yang saya buat.Bekas yang besar tu, RM 4.50 dan yang kecil tu RM2.00.

Jumaat, 21 Jun 2013

HARI-HARI SETERUSNYA DI MEKAH

Hari Kedua dan seterusnya di Mekah.....Alhamdulillah walaupun cuaca begitu panas hingga lebih kurang 48 darjah celcius dengan angin panas yang kuat juga tapi kami semua sihat alhamdulillah. Jadi dapatlah kami membuat ibadat dan ke Masjid selalu.Ye lah...kalau sampai di sana , kalau tak ke masjid memang rugi, pahalanya memanglah terlalu banyak.

Subuh di Mekah, 3.36am (ikut semasa lah), kami pergi ke masjid pukul 2.30pg ,selepas subuh, kami kembali ke hotel sekejap sementara menanti waktu makan. Hotel kami tidak jauh , dalam 5-10 minit perjalanan sahaja. Di Mekah, hanya digalakkan mandi sekali sehari , subuh atau lepas ishak, nak jaga kesihatan dalam keadaan cuaca di sana.Insya'llah jika diikut, alhamdulillah semua ok.Yang `best' nya air kat Mekah memang sentiasa macam air panas yg kurang sikit dari air mendidih tu...panas...,Rasanya sebab keadaan cuaca panas, saluran air direntang di atas tanah , tu yang panas sangat airnya tu.Memang keluar daki lah...ha3x.Sebelum sarapan ni memang ada masa nak membasuh baju, jadi apa lagi....`Cuci, jangan tak cuci'(iklan sikit).

Waktu sarapan pukul 6 pagi hingga 7 pagi tapi orang katering tu baik, dia selalu tunggu kami kalau kami lewat. Bukan apa, kadang kami pi mengerjakan umrah lagi , biasalah umrah kita boleh buat berapa banyak kali kita nak.waktu selepas subuh tu, habis pun dalam pukul 10 pagi, ingatkan balik dah tak sempat nak sarapan, dah tentu kena beli pulak. Memang dipermudahkan Allah segalanya, katering tu tunggu saja kami, selesai kami makan baru dia bersiap-siap.Alhamdulillah....semoga Allah murahkan rezeki mereka.

Habis, sarapan...kami naik ke bilik.Kami rehat sat, sementara nak menanti waktu zohor pukul 12.25 tengahari nanti.Pukul 11 pagi, kami dahbergerak ke masjid, kalau cepat, lebih mudah. Pertamanya, tidaklah berebut-rebut tempat, orang ramai,penuh selalu tapi kat tingkat bawah sekali ok, rasanya lebih seronok diatas, lebih `feel' lagi, tambahan dapat kat saf yang hadapan. Kedua, bila dah awal di masjid, boleh lah baca Quran atau nak buat apa-apa untuk tambah pahala untuk kita.

Selepas zohor, balik ke hotel, untuk makan tengahari. Habis makan, rehat sat. Nak melelapkan mata sat, boleh juga.Lepas tu pukul 2.30 ptg , kami berjalan kaki ke masjid semula untuk menunaikan solat Asar pada pukul 3.33 tg (ikut lah waktu semasa)..Tapi selepas solat Asar, kami tidak pulang ke hotel.Kami akan pulang ke hotel semula selepas solat Ishak dan terus makan malam.(Solat Asar, Maghrib dan Ishak).

Pukul 11 lebih atau 12 malam kami tidur setelah selesai hal masing-masing. Seterusnya, menjelang subuh kembali. Terasa terlalu cepat masa berlalu.Begitulah lebih kurang (mungkin tak begitu tepat), di Mekah.