BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 2 April 2012

BUMI DAN MASA (EARTH AND TIME)

Wah...begitu cepat masa berlalu. Sekarang dah pun berada di bulan April 2012.Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.Entahlah, kadang-kadang bila difikirkan umur bumi kita ini dah terlalu tua, kecut juga perut ni tapi semua itu Allah saja yang tahu dan hanya Dia sahaja yang berkuasa.

Ha...bayangkan gambar bumi ini dah seusia saya (46 tahun- hampir separuh abad), jadi maknanya dah semakin berusia.Kalau manusia, dah mula mencari supplement atau kologen untuk bagi mantap semula .Jadi sayangi lah bumi ini seperti kita menyayangi diri kita ini , moga ia sentiasa mantap. Jangan di tarah sesuka hati,dicemari sungai-sungainya dan jangan dikotori udaranya. Kita tidak tahu bila masa dan ketikanya bumi ini akan hancur bersama isi perutnya.Hanya Allah sahaja yang tahu. ok...

Ahad, 1 April 2012

KAWANKU





Ha...ni la yang buat diri ini terharu kerana kawan-kawan yang 29 tahun tidak berjumpa dan hanya dijemput melalui FB sahaja sanggup dan sudi datang dari jauh untuk sama-sama neraikan majlis perkahwinan anak sulung ku ini.Terharu....LOVE YOU ALL...