Salam semua termasuk diri saya sendiri , sempena Israk Dan Mikraj ini, 29 Jun 2011 iaitu bersamaan 27 Rejab 1432 Hijrah,Jika setelah membaca peristiwa Israk Dan Mikraj , kita mesti ingat bahawa ianya bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Rabu, 29 Jun 2011
PERITIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Posted by Ainizam at 10:39 PG 0 comments
Labels: Israk Dan Mikraj
LAGU KENANGAN KU
Masa dok kat MRSM Seremban dulu...setiap kali perhimpunan ni lah lagu yang kami nyanyikan...(Batch 79-83)so la ni, Insya'Allah kami telah pun berjaya dan mempunyai kehidupan yang alhamdulillah...yang dapat lihat,mmg semuanya alhamdulillah....
Itulah, `MENCARI ILMU JANGAN JEMU...'
Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh lekas menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Ingatlah perkataan M-A-R-A
Tuntut ilmu jangan jemu
Ingatlah taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Kepunyaan kita semua
Posted by Ainizam at 10:19 PG 1 comments
Labels: KENANGAN MRSM

