BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 Jun 2012

JALAN-JALAN DI MYDIN MELAKA

Esoknya, konon-konon nak pergi melawat bandar bersejarah Melaka. Bergarak lah kami ke sana. Ya Allah...jammed sakan. Hubby tak sanggup drive terus so kami berehat di R&R Seremban...makan sat, pastu mula bergerak semula tapi keadaan masih jammed teruk. Jalan je lah,kalau tunggu pun , sama je, nak pusing pun kena bergerak ke hadapan dulu, tiada jalan nak pusing, highway lah kata kan... Agak jauh sikit, sampai simpang nilai , jalan pun alhamdulillah okey sikit, tak lah sesak sangat. Pastu semua ok, sampai kat simpang Air Keroh Melaka, jammed lagi. Sebelum tu kami nampak Mydin dalam perjalanan tadi. Ish3x jammed aje, kita pergi Mydin Melaka je lah, kat area tu pun ada macam2 jugak , cuma tak dapat nak ronda kat Bandar Melaka tapi tak pe, kami pun bukan first time nak pergi sana. Ni saja-saja jalan je. Akhirnye destinasi kami di Mydin Melaka dan kemudian malam pergi makan di Persint 9 , kemudian balik ke rumah anak saya...rehat sebab keesokannya dah nak balik Pulau Pinang.Itu le ceritanye...

0 comments: