BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 Jun 2012

CERITA TIGA JENIS PUDING KARAMEL SEIRAS

Puding memang sedap jika di makan tambahan pula musim panas ni.Ha...keluarkan dari peti sejuk, makan.Tentu yummy rasanye. Puding pada saya memang sedap lah sebab saya suka puding telur terutamanye.. Puding pun ada seiras ye?bukan orang je seiras.Nama tu saya yang gelar sebab rupanya sama tapi kandungan ada yang tidak sama. Nama puding-puding yang seiras tu, puding karamel(telur), puding karamel tanpa telur dan puding karamel beroti. Puding ni memang terlalu mudah resepi dan cara membuatnya. Puding Karamel or and all of them so yummy and delicious too. Untuk puding Karamel Telur, kandungan utama telur, untuk puding karamel tanpa telur, kandungan utamanya , serbuk agar2 dan tepung kastard.Puding karamel telur beroti pula , kandungan utamanya, telur dan roti.Cara sama saja, memang mudah. Ni bulan Ramadhan dah nak tiba, boleh lah cuba membuat puding untuk juadah berbuka nanti. Ni resepi mudah untuk puding karamel(telur)

Bahan A: 1/2 cawan gula + sedikit air (letak dan kacau atas dapur , buat gula hangus,agak2 kuning jaga2 jgn sampai hangus terus,nanti pahit pula.)tutup api letak dlm kukus yg sdg dipanaskan.

Bahan B: 1 tin susu cair 1/2 cawan air 4 biji telur size sederhana besar(buang pusat telur supaya tidak hanyir) 1/2 cawan gula 1/2 sudu esen vanilla Letak telur dalam bekas,kacau rata.Masukkan gula air dan susu cair kacau rata.kemudian masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.kukus 20 hingga 30 minit.Lepas tu sejukkan sat,masukkan dalam peti sejuk.Lepas dah sejuk, apa lagi,makan...emmm yummy.Nanti saya letak gambar kemudian.tunggu...

0 comments: