BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 21 Jun 2012

BAKUL MANIK



Seronok buat bakul manik ni, lagi pun bakul manik boleh dijadikan cenderahati semasa majlis-majlis perkahwinan dan apa saja.Boleh masukkan telur atau gula-gula ataupun bunga rampai dan mungkin ada byk lagi gunanya.


Kalau ada kawan-kawan atau sedara mara yang nak support saya , boleh lah order untuk dijadikan cenderahati. Saya cuma jual dengan harga RM2.00 hingga RM3.00 saje. walaupun masih baru dalam bidang ni,InsyA'llah jika ada yang memberi sokongan , saya akan buat yg terbaik.
Itu aje...jika teringin nak support saya , boleh lah sms saya.

Selasa, 19 Jun 2012

JAMBU BATU SERBUK ASAM

Salam kawan-kawan....petang semalam semasa saya balik kerja , teringat pulak yang serbuk asam masih ada, why not saya beli jambu buat cicah depan TV malam ni.

Saya pun singgah di kedai buah, nak dikatakan rezeki, jambu pada hari tu ada offer. mana lah saya tak kata offer , selalu jambu batu yang ada biji RM5.60 sekil0 tiba-tiba hari tu saya lihat 1KG 3.50. Ish apa lagi,rasa nak nak ambil 10 biji tapi , sabar je lah. Harga jambu tanpa biji pula, biasa lah memang susah nak turun, tetap RM7.00 sekilo.

Saya pun ambil 4 biji , semuanya 2 kilo, so RM 7.00 lah. Alhamdulillah....

Serbuk jambu tu pula , memang special , selalu dia orang proses dengan biji sekali tapi yang ni tiada pengawet dan tiada biji , jadi warnanya lebih cerah dan sedap....nak cuba boleh call saya.susah nak dapat, cuma saya jumpa di selangor je.

Bila hujung bulan saya order. Anak saya yang tak makan buah pun , jadi suka sebab sedap bila cicah dengan serbuk asam ni. Nak cuba....ok lah,dah panjang cerita ni,jumpa lagi di celoteh saya akan datang......

REZEKI MAKAN RAMBUTAN 2012

Alhamdulillah...tak tanam pokok rambutan dan tak beli pun rambutan tapi rezeki...Jiran sebelah saya setiap tahun akan memberi rambutan kat keluarga saya.Toche...toche(tq). Jiran saya tu berbangsa Cina.

Apa lagi, nak menyedapkan lagi, saya pun kupas semua kulitnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.emmm memang sweet lah, sejuk lagi...

Anak saya dan hubby saya pun suka , pertama sedap dan kedua mudah.Dia orang tak perlu kupas kulit.Terus makan je....

Isnin, 18 Jun 2012

CERITA TIGA JENIS PUDING KARAMEL SEIRAS

Puding memang sedap jika di makan tambahan pula musim panas ni.Ha...keluarkan dari peti sejuk, makan.Tentu yummy rasanye. Puding pada saya memang sedap lah sebab saya suka puding telur terutamanye.. Puding pun ada seiras ye?bukan orang je seiras.Nama tu saya yang gelar sebab rupanya sama tapi kandungan ada yang tidak sama. Nama puding-puding yang seiras tu, puding karamel(telur), puding karamel tanpa telur dan puding karamel beroti. Puding ni memang terlalu mudah resepi dan cara membuatnya. Puding Karamel or and all of them so yummy and delicious too. Untuk puding Karamel Telur, kandungan utama telur, untuk puding karamel tanpa telur, kandungan utamanya , serbuk agar2 dan tepung kastard.Puding karamel telur beroti pula , kandungan utamanya, telur dan roti.Cara sama saja, memang mudah. Ni bulan Ramadhan dah nak tiba, boleh lah cuba membuat puding untuk juadah berbuka nanti. Ni resepi mudah untuk puding karamel(telur)

Bahan A: 1/2 cawan gula + sedikit air (letak dan kacau atas dapur , buat gula hangus,agak2 kuning jaga2 jgn sampai hangus terus,nanti pahit pula.)tutup api letak dlm kukus yg sdg dipanaskan.

Bahan B: 1 tin susu cair 1/2 cawan air 4 biji telur size sederhana besar(buang pusat telur supaya tidak hanyir) 1/2 cawan gula 1/2 sudu esen vanilla Letak telur dalam bekas,kacau rata.Masukkan gula air dan susu cair kacau rata.kemudian masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.kukus 20 hingga 30 minit.Lepas tu sejukkan sat,masukkan dalam peti sejuk.Lepas dah sejuk, apa lagi,makan...emmm yummy.Nanti saya letak gambar kemudian.tunggu...

JALAN-JALAN DI MYDIN MELAKA

Esoknya, konon-konon nak pergi melawat bandar bersejarah Melaka. Bergarak lah kami ke sana. Ya Allah...jammed sakan. Hubby tak sanggup drive terus so kami berehat di R&R Seremban...makan sat, pastu mula bergerak semula tapi keadaan masih jammed teruk. Jalan je lah,kalau tunggu pun , sama je, nak pusing pun kena bergerak ke hadapan dulu, tiada jalan nak pusing, highway lah kata kan... Agak jauh sikit, sampai simpang nilai , jalan pun alhamdulillah okey sikit, tak lah sesak sangat. Pastu semua ok, sampai kat simpang Air Keroh Melaka, jammed lagi. Sebelum tu kami nampak Mydin dalam perjalanan tadi. Ish3x jammed aje, kita pergi Mydin Melaka je lah, kat area tu pun ada macam2 jugak , cuma tak dapat nak ronda kat Bandar Melaka tapi tak pe, kami pun bukan first time nak pergi sana. Ni saja-saja jalan je. Akhirnye destinasi kami di Mydin Melaka dan kemudian malam pergi makan di Persint 9 , kemudian balik ke rumah anak saya...rehat sebab keesokannya dah nak balik Pulau Pinang.Itu le ceritanye...

RUMAH ANAK DI PUTRAJAYA

Ha...ni kat rumah anak saya di Putrajaya. Sebelum balik menerus cuti-cuti Malaysia ke Melaka, sempat berposing dulu...

MAIN BOWLING DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Dah selamat makan-makan, anak saya sibuk nak pergi main bowling lah pulak. Malas nak bising,layan lah sat.Kami pun pergi lah ke Alamanda Putrajaya untuk bermain bowling. Ala sekadar layan je, 2 game dah lah. Dah selesai an puas hati, kami pun pulang untuk tidur le pulak.Emmm mmg penat tapi seronok juga sekali sekala.

PERANTAU HILL,BANGI

Ha...Bila sampai di Putrajaya,rumah anak sulong saya,saja-saja lah nak bawa anak-anak pi makan-makan,jadi anak saya pun cadangkan p kat Bangi.nak tau nama restoran tu? Ha,namanya, Perantau Hill Restoran & Katering. Terletak kat Sungai Merab , Bangi Selangor. Emmm...memang cantik tempat tu dan makanannya pun sedap dan puas hati lah. Kedainya kat tepi jalan je.Ni ada sedikit kenangan di sana...tapi makanannya terlupa lak nak diambil gambar.Lain kali,kalau kami pi sana lagi,kami ambil gambar makanan yang best tu...

R&R ULU BERNAM

Assalamualaikum....saya nak bercerita tentang R&R yang pertama kali saya berhenti rehat pada bulan lepas( R&R Ulu Bernam).Selalunya saya berhenti rehat di R&R Sungai Buloh. Ni masa saya nak ke Putrajaya pada cuti sekolah yang lepas. R&R Ulu Bernam ni rupa nya ada macam-macam yang best jugak.Di antaranya , ada satu kedai atau pasar raya Produk Industri Pasar Tani. Tempat lain pun ada tapi yang ini nampak besar sikit dan produk pun banyak.Paling best di luar kedai tu ada stall dan diantara stall tu jual kuih Putu Perak kesukaan saya.Ni di antara gambar-gambar di R&R Ulu Bernam.

BAKUL TELUR DARI MANIK

Salam and good morning....seperti yang saya janjikan.Ha...ini lah bakul pertama yang saya buat.Saya dah cuba belajar dalam masa dua minggu, sendiri2 je, cuma basic permulaan buat tapak tu, saya tanye kat mak nya kedai bunga,itu pun dengan syarat , beli barang dari kedai dia dulu.Itu pun dlm tempoh masa yang tergopoh-gapah.Janji ada basic sikit,yang lain saya cuba sendiri dalam masa 2 minggu baru saya dapat hasilnya. Bukan ape,ada cara gak,silap masuk tali tangsi nye,emm...x jadilah.Pulak tu, guna tali tangsi yg agak panjang.Mula-mula saya buat,nak elakkan berlilit-lilit,tekan sana sini.Tiap-tiap hari saya cuba, sampai hubby saya pun geleng kepala,dia tau lagi saya tak bole, saya akan cuba. Alhamdulillah dah dapat pun buat. Sebelum ni, pun saya buat Bonsai tapi tak sama cara dan bonsai guna dawai, bukan tali tangsi.Cara pun tak sama. Nanti kalau berkesempatan. saya cuba tunjuk cara di blog ini.Berkongsi ilmu sikit. Ok lah, jumpa lagi...semoga saya dapat banyak idea baru...Insya'Allah...

Jumaat, 15 Jun 2012

MENGAIT JARUM SATU KASUT BAYI

Assalamualaikum...Alhamdulillah.Bukan apa kawan-kawan, saya telah pun tahu bagaimana nak buat kasut baby. Senang je rupanye nak buat cover depan kasut tu....tapi saya buat setakat ok jelah,tak lah cantik pun. Nak tengok hasilnye...topi pun ada juga. Ha ada juga lapik meja dan lapik cawan.Saje mengisi masa lapang.... Tau tak saya juga sedang sibuk dengan membuat bakul manik.Nanti kalau berkesempatan, saya akan papar di blog ni.Ok lah jumpa lagi....

Jumaat, 8 Jun 2012

KEMBALI MENGAIT SEMULA

Salam semua.Seperti yg saya cite tempoh hari, saya sememang suka mengait alas meja dgn mengguna jarum satu. Ada yg faham kalau kata crochet juga. Dah banyak yg hasil dari zaman remaja, tapi masa tu asyik buat alas meja dan TV je. La ni alhamdulillah dah dpt menghasilkan kasut @ booties baby dan topi.Seronok betul.Boleh jual tp murah2 lah.Memang interesting dan qalid kata org Perak.Hilang rasa boring.Masa pun x terbuang.Kurang2 dpt menghasilkan sesuatu. Kata org, belum cuba ,belum tahu....belajar kenalah sungguh2x,baru jadi. Minat saya ni sememangnya tak turun ke anak2 pompuan saya. Dia org x heran pun.Tapi minat saya ni, setahu saya adalah sama ngan minat ibu saya.Dulu2 masa muda dia pun pandai dan rajin mengait. Ok lah.nanti dah ada hasil yg lain ,saya cite lg....