BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 21 Jun 2013

MEKAH DAN KESIBUKAN BERIBADAT

Mekah dan Madinah adalah tempat yang tidak berhenti manusia membuat ibadat...rasa macam sentiasa bersambungan. Bila berada di Mekah, kesibukkan beribadat dan berebut-rebut untuk menjadi tetamu Allah yang terbaik amat terasa.

Dibilik hotel pula disediakan sebuah TV yang sentiasa memaparkan keadaan semasa di Mekah (LIVE). Ini keadaan `LIVE'  di TV semasa saya di sana. Walau panas terik, manusia disana dan yang sampai di sana tidak kisah, di hati hanya ingat nak merebut masa untuk beribadat sahaja. Setiap waktu pada tempoh dua minggu (28 Mei 2013-11 Jun 2013 tapi di Mekah bermula 2 Jun 2013 hingga 11 Jun 2013)saya di sana rasanya, yang dipaparkan dari subuh ke subuh semula tetap ramai.



Semasa balik dari Masjidil Haraam selepas solat Ishak memang ramai, alhamdulillah....semoga saya dijemput lagi untuk menjadi tetamu Allah di masa yang akan datang.



0 comments: