Salam kawan-kawan, di hati ini ada banyak yang ingin saya cuba tapi cuma yang bermodalkan wang baru boleh ok, kan? Sekarang harap-harap kawan-kawan dapat sokong saya jika saya nak buat bisnes ambil upah buat bekas hantaran atau buat sewaan bekas hantaran.
Memang ramai yang menceburi bidang ini.saya tahu tapi hanya sokongan dari orang-oramg terdekat sahaja yang boleh membantu dalam mengembangkan bisnes ini.
Buat masa ini adalah beberapa contoh bekas hantaran yang saya buat tapi nanti lain kali saya masukkan kat blog ni.Saya cuma nak buat yang boleh jual dalam RM20 hingga kurang dari RM100 saje.
Sewa pun pun hanya dalam RM10 hingga RM20 sahaja. Saya harap apa yang saya impikan menjadi kenyataan dengan sokongan semua.
Mungkin bekas yang dibeli boleh dijual semula kepada saya dengan separuh harga tidak termasuk yang guna kotak plastik.
Itu sahaja impian bisnes saya buat masa ini. Menjadi atau tidak, tunggu saje lah.
Mungkin buat masa ni, dalam kawasan Pulau Pinang atau untuk keluarga terdekat.
Bisnes ni memang mencabar kerana terlalu ramai yang buka bisnes ini , tapi rezeki kita hanya Allah yang tahu.
Jadi kepada yang berminat dan ingin memberi sokongan kepada saya, bolehlah menghubungi saya di email nazami_00@yahoo.com. Semua pesanan, macam biasalah perlu ada deposit tanda jadi sekurang-kurangnya RM50 sahaje....okey saya berundur dulu...wassallam....
Isnin, 10 Oktober 2011
Impian Bisnes Terkini
Posted by Ainizam at 2:29 PTG
Labels: Impian Bisnes Terkini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan