BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 Jun 2009

Masakan Ringkas

Masakan ringkas ni memang perlu ,terutama masa tak cukup budget nak makan di kedai, asalkan ada. kadang-kadang apabila pulang dari berjalan ke mana-mana , contohnya balik kampung, mata pun mula terlihat banyak gerai-gerai makan dan mulalah nak berhenti makan . Pada hal tempat yang di tuju sudah pun nak sampai lagi setengah jam.

Masaalah di sini , bukan apa, cuma kalau untuk keluarga yang ramai dah tentu banyak lah belanjanya. Jagi kat sini nak bagi sikit tips untuk masak cepat , makan cepat dan jimat duit. tapi pastikan ada lah simpanan lauk di dalam peti sejuk. Kurang-kurang pun ada telur.

Sampai je kat rumah...masak nasi (ala bukan susah, periuk nasi `current'). Masak air panas , tak kira lah yang moden atau di atas dapur gas.

TIPS PERTAMA

Lauk Pertama :
Tumis Sayur - Hiris sayur (basuh dan letak tepi), hiris bawang putih , bawang merah, sedikit ikan bilis dan tumis. Masukkan air , sedikit sos tiram jika ada , kemudian masuk sayur dan garam secukup rasa. Siap satu lauk.

Lauk Kedua :
Goreng Udang - Bersihkan udang (letak tepi) , hiris bawang (besar atau kecil) dan bawang putih sebiji atau dua , ikut banyak udang. Tumis...semua bahan, agak ok...masukkan udang, tabur kunyit sedikit dan garam secukup rasa. Kacau seminit hingga 3 minit...siap dua lauk.

Lauk Ketiga :
Goreng telur...ala ini semua orang pandai, cuma nak buh bawang dan cabai atau telur saja. Siap tiga lauk.

Nasi pun dah masak....makan. Air panas pun dah nasak ...manalah nak kopi panas ke.Tak mahu dalam peti sejuk ada air atau minum air masak aje...

*Kalau tak ramai , selamat dalam RM20 tapi kalau ramai...selamat dalam RM50.

TIPS KEDUA

Kadang-kadang persediaan ringkas seperti paste rempah dan tomyam perlu ada juga.Manalah tau kalau perlu kan senang dah ada.

Lauk Pertama :
Tomyam - Masukkan air dalam periuk , kacau paste tomyam (ikut suka sendiri) , potong empat bawang besar , cili padi jika ada. Kemudian masukkan ayam atau ikan yang dah dibersihkan.sedikit gula dan garam secukup rasa.Dah menggelegak angkat. Siap satu lauk.

Lauk Kedua :
Apa lagi , telur goreng lah....


Macam mana..? Tak susah dan jimat lagi....

0 comments: