Wah...begitu cepat masa berlalu. Sekarang dah pun berada di bulan April 2012.Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.Entahlah, kadang-kadang bila difikirkan umur bumi kita ini dah terlalu tua, kecut juga perut ni tapi semua itu Allah saja yang tahu dan hanya Dia sahaja yang berkuasa.
Ha...bayangkan gambar bumi ini dah seusia saya (46 tahun- hampir separuh abad), jadi maknanya dah semakin berusia.Kalau manusia, dah mula mencari supplement atau kologen untuk bagi mantap semula .Jadi sayangi lah bumi ini seperti kita menyayangi diri kita ini , moga ia sentiasa mantap. Jangan di tarah sesuka hati,dicemari sungai-sungainya dan jangan dikotori udaranya. Kita tidak tahu bila masa dan ketikanya bumi ini akan hancur bersama isi perutnya.Hanya Allah sahaja yang tahu. ok...Isnin, 2 April 2012
Ahad, 1 April 2012
KAWANKU
Ha...ni la yang buat diri ini terharu kerana kawan-kawan yang 29 tahun tidak berjumpa dan hanya dijemput melalui FB sahaja sanggup dan sudi datang dari jauh untuk sama-sama neraikan majlis perkahwinan anak sulung ku ini.Terharu....LOVE YOU ALL...
Posted by Ainizam at 9:57 PTG 0 comments
PERKAHWINAN
Salam semua....kembali lagi setelah lama tidak menulis di blog ni.Bukan apa, sibuk dengan persediaan pertunangan dan majlis perkahwinan anak saya .Dimana pertunangannya dan majlis perkahwinan dalam tempoh yang tak begitu jauh. Apa pun alhamdulillah dah selamat dan selesai dengan sempurna.
Ha...ni masa dia bertunang.
Yang ni masa nikah...ni yg penting
Yang kuning kat belah perempuan dan biru kat belah lelaki
Tapi ada lagi yang paling best...tunggu...
Posted by Ainizam at 9:23 PTG 0 comments