BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 30 November 2009

Kematian Kucing-Kucing Ku

Aku memang suka dan kasihan pada kucing-kucing. Pada hari Selasa (25 Nov 09) tiba-tiba kucing aku , Si Tam keluar dari pagar rumah dan entah berape lama baru disedari. Setelah masuk dia seperti ketakutan dan mengikut kaki anak ku, tapi sayangnye kami tidak tahu maksud Si Tam. Mungkin dia hendak memberitahu sesuatu tapi ....Pada sebelah malam nya, aku seperti biasa pergi ke sangkar untuk memberi makan keempat-empat ekor kucing ku(Teh, Tom, Tam dan Kun).Aku lihat Si Tam diam saje,tak seperti biasa ,melompat dan merebut ape yang aku bawa. Aku panggil,dia pandang dan senyap.Aku bertanye pada anak ku,kata anak nye,mungkin dia terkejut sebab dia tak pernah terlepas keluar pagar siang tadi.

Sebelum aku pergi kerja pada keesokkan harinye (26 Nov 09), aku seperti biase juga, memberi makanan terlebih dulu pada kucing-kucing ku,namun Si Tam masih sama, termenung dan tidak makan dan minum.Pada petang nye, anak aku pula mengelap dia sebab rase badannye agak panas.Suap sedikit air, namun Tam masih berwajah muram dan terlalu lemah sehinggakan terkulai.Aku sekeluarga terlalu sedih melihat Tam begitu tapi aku masih tetap ke tempat kerja dengan niat tengahari nanti, boleh ke Klinik Haiwan sekejap.

Tiba-tiba , dalam pukul lapan lebih, anak ku `call'...."Mak...Tam dah mati..dengan tangisannye.Tanpa disedari,aku juga menitiskan air mata."Jangan tanam lagi , biar mak tengok dia dulu.." Setelah itu, dibersihkan Si Tam dan aku dan suami ku pulang untuk menanam nye pada waktu tengahari.Kau pergi jua....sedih,sedih.

Selepas, Si Tam pergi...rupenye ianye berlaku pula pada kucing-kucing yang tiga lagi.Barulah aku tahu , ia berjangkit.Pada masa yang sama semua murung dan tak mahu makan dan minum.Ya Allah, engkau sahaja mengetahui betapa sedih nye aku..kerana dua hari selepas itu, 29 Nov 09 ,Kun turut menjadi mangsa.

Baru aku pun bertanya kepada ibu aku dikampung,masaalah ini.Rupa-rupanye...mereka diserang cengkenit...Ya Allah kenape aku tahu lewat...dan tak dapat selamat kan Tam dan Kun? Tapi dah sampai waktu mereka ,aku tetap redha...

Petang itu juga suami ku ke kedai ubat haiwan untuk mencari ubat. Kami pun dapat lah ubatnye...untuk kulit dulu,RM35 dan untuk telinga habis pula.Kami bersihkan telinga dan gunakan ubat untuk disemburkan pada kulit.

Hari ini (30 Nov 09), suami ku akan membawa dua lagi kucing ku ke klinik haiwan.Harap-harap mereka okey..

Aku terlalu sedih kerana aku membela kucing ini tanpa ibu nye dari mereka berumur seminggu . Aku beli botol susu , susu dan menyuap setiap hari.Aku tiada duit pun,aku cari juga kerana mereka perlukan belaian dan kasih sayang,dan mereka tidak tahu ape2.Sedih nye aku...Allah sahaja yang tahu....

Isnin, 23 November 2009

Kepak Ayam Goreng Tepung

Sorry tak sempat ambil gambar...ayam dah selamat dimakan..Tapi tak mengape,jika ingin mencuba ni saya bagi resepinye.

Bahan :6-8 ketul kepak ayam
2 biji telur
10 s/b tepung ayam goreng (Nona)
3 s/b tepung maruku (ready made)
1 sudu besar rempah ikan / daging
garam tidak perlu

Cara :Bersihlan kepak ayam (potong ikut suka). Pukul telur.Kemudian campurkan kesemua tepung dan rempah tadi didalam pinggan.Setelah selesai, ambil kepak ayam celupkan didalam telur hingga betul bersalut kemudian golek-golekkan kedalam campuran tepung tadi dan goreng...hingga gareng.Setelah siap digoreng bolehlah makan dengan nasi ataupun dicicah dengan sos.

Selamat mencuba....

Ahad, 22 November 2009

Ayam Masak Sos



Masakan yang mudah-mudah ni memang selalu juga dimasak , anak-anak pun suka......ayam masak sos ni mudah saje, cuma yang lambat sikit masa menggoreng ayam.Ayam goreng ni ,jgn lewat dibuat masak sos,bukan nye ape...ade tukang ratah ayam goreng.
Ok ni resepinye,

Bahan :
1 ekor ayam (kalau tak ramai 1/2 ekor pun okey...)
sepuluh biji cabai kering
5 biji bawang kecil *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
* Bahan untuk dihancurkan (kisar halus)

2 biji bawang besar ( hiris bulat-bulat)
1" halia (hiris halus)
1 biji tomato (belah 4)
2 sudu sos tomato
sedikit daun bawang yang dipotong-potong
3 sudu sos cili
sedikit kicap manis
gula 2 sudu
garam secukup rasa

Cara :
Goreng ayam yang dibersihkan , jangan terlalu gareng. Tumis bawang besar yang dihiris bulat-bulat dan halia tadi. Tumis hingga nail bau.Kemudian masukkan semua bahan yang dikisar halus , masukkan gula. Biar sekejap , masukkan sos tomato , sos cili dan kicap manis.Kacau sebati...Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng , kacau.Masukkan pula daun bawang, tomato dan garam secukup rasa.Kacau sat...pastu angkat dan hidang....

Jumaat, 20 November 2009

Kuih Kasuwi



Kalau cuti , adalah masa untuk membuat kuih-kuih ni , maklumlah petang-petang,tambah lagi musim hujan perut lapar selalu.Ha...ni lah kuih kasuwi saya untuk makan petang..

Bahan :
1 cawan gula merah *
2 cawan air *
* dimasak , kemudian sejukkan, tapiskan

2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula putih
3/4 cawan tepung ubi
sedikit air kapur
2 cawan air
Kelapa yang dimesin , dicampur secubit garam(putih sahaja)

Cara :
Mula-mula campurkan tepung gandum dan tepung ubi tadi juga gula putih dan air, kemudian kacau. Masukkan sedikit air kapur.Setelah itu,masukkan air gula yang dimasak tadi dan tapis sekali lagi kedalam loyang.
Setelah selesai kukus selama 10 minit. Selesai 10 minit , angkat dan sejukkan sekejap ,potong ikut kesukaan sendiri.Kemudian golekkan dengan kelapa putih tadi dan hidangkan.

Ikan Siakap Kukus

(SELEPAS)
(SEBELUM)
IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan :2 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu sos cili
1-2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1" halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah / cili padi(dihiris)
1 batang serai (dititik/ ketuk sikit)
sedikit garam
sedikit gula

Cara :
Gaul kesemua bahan bersama ikan yang telah dibersihkan.Kemudian taburkan bahan yang dihiris serta serai di atas ikan. Kukus selama 25 hingga 30 minit.